exam exam exam
6/6 : CHM 1022
11/6: BTH1802
17/6: BIO2011
20/6: BIO1022
doakan aku wahai rakan2..huhu…. ketaq chek… hehe.. tapi semua result2 final ni dah ditetapkan dlm Luh Mahfuz… maka hanya perlu merebut pahala usaha sahaja..
Semoga Allah permudahkan dan pertolongan dariNya akan tiba tanpa dijangka
persoalan hidup melalui fikrah manusia di zaman ini
weekend yg lalu, family gathering sempena pertunangan sepupu mak di kampung, sempat berbual bersama kakak sulung..
"pernah la sembang2 dgn kawan2,ckp psl kalau balik jmpa family mesti rimas dgn byk2 persoalan yg ditnya oleh pelbagai pihak.. klau zaman sekolah, org akan tnya, bila exam?bila dah exam, org akan tnya plak, bila nak keluar result? lepas dah keluar result, tnya lagi, bila dan kemana nak smbg belajar? pastu tnya lagi, bila nak grad? lepas dah grad, tnya lagi, bila nak kerja? bila dah kerja, org akan tnya, bila nak kahwin? lepas kahwin,tnya lg, bila nak dpt anak?"..and the lists goes on and on…
(lebih kurg cmni la cite die,tak ingt sgt the exact soalan2)
pastu dia merungut, org2 akan keep on tnya smpai la bila2..
saya plak dah merungut dalam hati.. "lain kali jwb je la ‘ wallahualam’..sibuk je org laen dlm hal2 kita..padahal yg tahu takdir kita ni hanya Allah..yg tnya kita bt pa, memg tensen ar hidop seorg remaja spt kakakku dan aku"
selepas membuat anda dan anda terfikir2 dgn pemikiran org2 zaman skrg, pelik tak anda, di manakah ranking ajal dlm ranking sekolah=> blaja => kerja => kahwin=>anak tadi? kalau ikutkan, mati tu boleh datang bila2 masa saja.. tp pemikiran org2 skrg, mati tu lepas dah kahwin, dah ada anak, dan bila dah sakit2 tua.. tp bila2 je ajal tu akan tiba, hatta selpas exam,hatta selepas kahwin,hatta sebelum grad… tp nmpak tak wahai rakan2ku.. yg manusia ini telah mencipta satu tanggapan dan angan2 yg tinggi beyond takdir..walhal kita umat islam spatutnya berserah saja pada ILahi,saat ditakdirkan bertemu jodoh,berzuriat, mendapat tmpat di ipta hatta jenis pekerjaan…
pernah menjadi satu kerimasan dalam diri, yakni setiap kali pulang ke kmpg, akan dibanjiri dgn soalan2 "dah ade pakwe ke belum?"….aaaaaa
"pakwe?.. takde"
"eh kenapa"
"saje taknak"
"eh,tak boleh.. tgh2 belajar ni la masa nak mencari2.. dah kena cop awal2,nanti senang lepas grad, dah kerja boleh trus kahwin"
"huh?.. ala xpe nanti bila nak kahwin yati cari la"
"eh eh tak boleh,susah nanti.. kalau lmbt nanti jadi andartu, susah"
"kalau jodoh x kemana"
perbualan di atas ini jelas menunjukkan kerisauan para ibu yg concern sgt psl jodoh2 anak2 dara zaman skrg. xde pulak yg risau psl jodoh si bujang2 trangtangtang tuh!
apakah yg makcik2 ni fikirkan?risau sgt ke?walhal Allah memg dah jadikan manusia itu berpasang2an.. jodoh x kan kemana, dikejar tak lari,dilarikandiri tak diusung(apekah ayat aku teruk sgt)… aku tidak akan pernah risau tentang perkahwinan, mungkin ajal dtg menjemput dahulu..wallahualam
makcik2 ni nak risau sgt psl kahwin lewat,walhal kita org malaysia ni dah jadi mangsa peperangan pemikiran dimana ijazah dan profession mendahului institusi perkahwinan… sedangkan dlm Islam, tak de plak syarat nak kahwin tu ijazah dan kerja bagus2.. boleh je nak kahwin after spm, atau smsa tgh blaja.. so, xde la lewat sgt perkahwinan dan terjadinya kes2 andartu..
tp kalau nak ubah culture org skrg, memg susah… sb semua akan menentang.. dan ramai siswa siswi yg x sanggup nak berdepan dgn mas kahwin dan hantaran yg jumlah nye boleh buat mata juling wooo…(dlm Islam lgsg x menekankan jumlah wang yg tinggi2).. ttp materialistik di kalangan masyarakat kini menyebabkan ramai org fikir nak kahwin tu susah sbb memerlukan perbelanjaan yg byk… so people tend to save a lot og money before taking a step towards marriage dan terjadilah kes2 kahwin lewat…
hmm.. masalah perspektif masyarakat ini lah juga telah mengundang gejala2 sosial..pd pendapat cik yatt, dgn membebankan perkahwinan, ramai remaja yg pada fitrahnya suka kepada pasangan yg berlawanan jantina, memilih jalan mudah dan haram yakni bercouple dan menggalakkan lagi bilangan zina… dan bertambah lah isu2 buang anak dan sbgnya… ye la, bila dah tak boleh kahwin, mula la nak cari jalan melepaskan nafsu masing2..(namun kes2 ini mgkin tak terapply kpd yg nak couple utk seronok2 aje..walaupun seronok2 tu dikire nafsu jugak,tp kes2 minor ni xde la impak die besar sgt..walhal perlu diambil kira jugak dlm konteks iman dan aqidah..isu ini akan diperjelaskan lagi dlm posting laen mgkin)
jadi, sbg masyarakat, amatlah penting kita bersihkan pemikiran kita dgn nilai2 islami agar hidup lebih diberkahi
dan agar insan remaja spt aku dan anda dan anda yg lain tidak stress memikirkan expectation dari masyarakat…
wallahualam